Friday 10 May 2013

Masalah Membaca






FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH MEMBACA
 Menurut Marohaini Yusoff (1999), faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca seseorang adalah pelbagai dan saling berkaitan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi masalah membaca seseorang perlu dikenalpasti dan diteliti lebih mendalam bagi mencari kaedah bersesuaian dalam mengatasi masalah yang berlaku. Kaedah, teknik, bahan, alatan dan pendekatan sesuai perlu dipilih bagi membolehkan masalah membaca diatasi.

 

FAKTOR DALAMAN


Aspek intelektual:
·   1. Aspek kecerdasan dan kebolehan pelajar membaca saling berkait. Sekiranya pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan minda yang tinggi, mereka mampu untuk memberi perhatian dan memahami sesuatu struktur ayat yang dibaca lebih mudah tanpa perlu menggulang dan meneliti berulang kali. Golongan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk memahamkan sesuatu bahan yang dibaca. Kesannya, pelajar yang mempunyai tahap kemampuan kecerdasan akal yang rendah akan mengalami kesukaran untuk mengejar dan bersaing dalam matapelajaran yang dipelajarinya.

·  2. Pengetahuan sedia ada yang terbatas juga merupakan salah satu faktor dalaman pembaca (pelajar) yang mengalami masalah membaca. Pengalaman sedia ada ini diperolehi daripada kehidupan seharian pembaca. Kesemua pengalaman dan pengetahuan sedia ada ini diperolehi di rumah, didikan ibu bapa, sekolah, sosiobudaya dan sebagainya. Contohnya, seseorang pembaca itu hidup dalam suasana keluarga yang mempunyai tabiat membaca, nescaya pembaca tersebut akan terdorong untuk membaca walaupun secara tidak langsung.

·   3. Kebolehberbahasaan merupakan salah satu perkara yang besar mendorong ke arah masalah membaca. Masalah berlaku apabila pembaca tidak luas tahap pembacaan dan lemah dalam tatabahasa serta turut dipengaruhi bahasa dialek kedaerahan yang menambahkan lagi masalah kesukaran seseorang pembaca untuk membaca. Sekiranya seseorang pembaca itu bertutur dalam dialek kenegerian, nescaya pembaca tersebut mengalami kesukaran untuk menyampaikan maklumat yang dibaca kepada orang lain. Pembaca tersebut hanya memahami perkara yang dibaca untuk dirinya sahaja dan bukannya menyampaikan perkara yang dibaca kepada orang lain.

Aspek Psikologi:
·    1. Motivasi intrinsik ialah motivasi dari dalam diri pembaca itu sendiri. Minat dan motivasi amat diperlukan seseorang pelajar untuk menyemai minat membaca. Menurut Sylvia Ashton Warner (1973), satu kaedah untuk meningkatkan minat membaca dan memotivasikan pelajar membaca dengan menggunakan cerita-cerita yang dibuat oleh pelajar sendiri berdasarkan topik-topik yang diminatinya. Dalam konteks ini, guru perlu peka terhadap persekitaran yang berlaku di sekeliling pelajar supaya pelajar lebih minat untuk menerapkan minat pembacaan dari awal usia lagi.

·       2.   Menurut Roe, Stoodt, dan Burns (1978), konsep diri merupakan satu set kepercayaan dan sikap seseorang individu yang mempercayai kebolehan dirinya. Pelajar yang mempunyai konsep diri yang negatif, biasanya kurang keyakinan tentang kebolehan diri dan berperasaan rendah diri. Pelajar yang yakin kepada dirinya sendiri biasanya akan berjaya jika hendak dibandingkan dengan pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif. Sebagai contoh yang boleh diambil dalam memberi pengertian mengenai konsep diri positif dan negatif, kebolehan seseorang pembaca memahami struktur ayat Bahasa Inggeris. Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang positif akan mampu membaca dan memahaminya walaupun terpaksa membuka kamus. Namun sebaliknya berlaku kepada pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif, sekiranya persepsi mereka mengataka mereka tidak minat maka mereka langsung untuk mencuba memahami struktur sesuatu ayat tersebut.

FAKTOR LUARAN
Faktor luaran dalam masalah membaca merupakan faktor yang bukan berpunca dari dalam diri seseorang individu tetapi faktor yang dapat dilihat dan diketahui menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah dalam membaca.
·         1. Faktor fizikal yang berkaitan dengan masalah membaca ialah daya penglihatan dan pendengaran.


                              i.         Kebolehan melihat merupakan sesuatu yang sangat penting dalam proses membaca kerana membaca memerlukan keupayaan melihat untuk mengenalpasti kod atau lambang bercetak untuk difahami dalam bentuk maklumat. Tanpa penglihatan yang baik, seseorang tidak mungkin dapat membaca dengan baik. Menurut Marohaini Yusoff (1999), proses membaca bermula dengan melihat dan mengecam perkataan atau lambang-lambang bahasa yang hendak dibaca. Contoh kesan masalah penglihatan terhadap keberkesanan membaca adalah seperti kesukaran seorang yang rabun mengecam perkataan dalam bacaan. 
                    ii.        Pendengaran mempengaruhi keberkesanan bacaan kerana ia mempunyai kaitan antara bacaan lisan dengan tulisan. Pembaca akan membaca dengan menyebut perkataan yang tercatat dan mentafsirkannya sebagai maklumat. Seseorang yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat membentuk bunyi yang betul melalui tulisan yang dibacanya. Contoh masalah pendengaran ialah orang pekak. Orang pekak mengalami masalah dalam berbahasa disebabkan tidak pernah mendengar dan menghasilkan bunyi bahasa yang betul.

·               2. Suasana persekitaran ketika membaca akan memberi kesan sama ada proses membaca berjaya atau gagal terutamanya persekitaran rumah dan persekitaran sekolah. Marohaini Yusoff (1999) menyatakan terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Antaranya ialah sosiobudaya di rumah, kestabilan sosial, corak interaksi sesama isi rumah, dan sosioekonomi. Jika perkara- perkara tersebut berada dalam keadaan baik, murid akan mempunyai perbendaharaan kata yang lebih baik berbanding murid yang mengalami latar belakang yang kurang cemerlang.


·
Ciri-ciri Masalah Membaca


1. Peringkat mengenal nama-nama huruf yang hampir sama

  • Keliru dengan nama huruf yang sama bentuk. Contohnya, ‘y’ dengan ‘g’

  • Keliru dengan orientasi kedudukan bentuk huruf. Contohnya, ‘b’ dengan ‘d’, ‘m’ dengan ‘w’

  • Keliru dengan huruf yang hampir-hampir sama frekuensi. Contohnya, ‘b’ dengan ‘d’,’p’,’t’

  • Keliru dengan orientasi kedudukan huruf besar yang hampir sama bentuk. Contohnya, ‘W’ dengan ‘M’, ‘Z’ dengan ‘N’

  • Tidak dapat mengadun bunyi-bunyi huruf yang bergabung seperti diftong dan diagraf. Contoh, ‘ai’, ‘au’, ‘ny’, ‘sy’, ‘kh’

  • Menyebut nama-nama huruf mengikut telor bahasa ibunda. Contohnya, ‘o’ disebut ‘wo’, ‘l’ disebut ‘yel’, ‘m’ disebut ‘yem’, ‘r’ disebut ‘yar’, ‘z’ disebut ‘jed’

2. Peringkat mengadun bunyi-bunyi dan membatang suku kata.

  • Kesukaran untuk mengadun dan membatang suku kata :

  • i. terbuka + tertutup. Contoh : bu–ah, un–ta, pin–tu, ar–nab, ting–kap.

  • ii. Tertutup + terbuka. Contoh : ba-suh, i-tik, ting-gi, an-jing

  • Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan huruf ‘e-taling’ dan ‘e-pepet’. Contoh, sepak dengan sepak

  • Sukar membatangkan perkataan yang lebih daripada dua suku kata. Contoh : sekolah, berbunga, sempadan, ambulan, bangunan, peristiwa dan lain-lain.

  • Sukar membatang perkataan yang mengandungi diagraf dan diftong. Contoh, main, buih, surau, balai, nyamuk, singa, syarat, tengah,

  • Sukar membatang perkataan yang bermula dengan imbuhan ‘me’. Contohnya, memakai, menyala, membeli, mengambil.

3. Peringkat membaca ayat.

  • Gantian atau mengubah atau menggantikan bunyi suku kata atau perkataan. Contoh, dapat-padat, sekolah-selokah, asrama-asmara, simpan-sampai, seluar-selalu

  • Tertinggal atau meninggalkan.Contoh, ayat sebenar = Ahmad suka makan ayam goreng. Dibaca sebagai Ahmad makan ayam goreng.

  • Pembalikan perkataan. Contoh, suka-saku, besar-beras

  • Berulang-ulang

  • Merangkak-rangkak. Contoh, membaca selepas mengeja dan ketidaksesuaian teks atau bahan

  • Membaca mengikut loghat atau dialek. Contoh, ‘kucing suka makan’ dibaca sebagai ‘kucin suka makang ikang’. ‘Dia lari kerana hujan’ dibaca sebagai ‘dia lali kelana hulan’. ‘Emak dia pergi sembahyang’ dibaca sebagai ‘emak dia pigi sembahyang.


Ringkasan masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut:







No comments:

Post a Comment