Thursday 9 May 2013

Definisi membaca

Definisi Membaca


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,baca dapat ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.Menurut Robert Lado(1964) pula,membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya.Steinberg(1982) mendefinisikan membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis.Manakala,menurut Zulkiefly Hamid(1994),beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisan ,menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna daripada bentuk tulisan tersebut.

Proses Membaca
  1. Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.
  2. Mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.
  3. Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada dikepala.
  4. Mengumpulkan dan mencantumkan idea,perkataan dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang lengkap.
  5. Mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.
Kesimpulan
Membaca adalah satu proses yang kompleks yang mana sesuatu isi atau maklumat yang bermakna dan disampaikan menggunakan lambang-lambang bertulis.Hal ini berikutan,membaca merangkumi beberapa proses,iaitu proses sensori,proses pengamatan,proses bahasa dan proses kognitif.Setiap proses memainkan peranan yang penting dalam proses membaca secara keseluruhan.

No comments:

Post a Comment