Friday 10 May 2013

Belajar Membaca




DEFINISI BELAJAR MEMBACA

  • Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca ialah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan , seseorang itu dapat mampu mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan yang ada di dunia. Membaca juga sebenarnya kunci utama yang membantu kita untuk meluaskan ilmu, pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu tersebut dalam pelbagai bidang.
          

  • Membaca melibatkan proses mekanikal, kerana semasa membaca kita akan membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk yang dibaca. Apabila ada hubung kait antara membaca dan menjawab soalan, secara automatiknya dapat dikatakan bahawa membaca melibatkan proses pemikiran konstruktif. Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan.





PERINGKAT-PERINGKAT MEMBACA

  • Kesediaan Membaca 
    Apabila murid baru masuk ke tahun satu, guru hendaklah mengenal    pasti kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Guru perlu membuat ujian atau penilaian untuk menentukan tahap kebolehan membaca dalam kalangan murid berkenaan. Guru harus menyedari bahawa murid yang memasuki tahun satu terdiri daripada murid yang datangnya daripada latar belakang keluarga serta sosioekonomi yang berbeza. Oleh itu, kebolehan dan kemahiran membaca dalam kalangan mereka kemungkinan tidak sama. Sebahagian besar murid khususnya yang tinggal di bandar telah memasuki tadika dan boleh membaca dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar bandar, kebanyakannya tidak memasuki tadika. Murid ini biasanya akan menghadapi masalah membaca apabila mereka berada di sekolah. 


  • Prabacaan 


Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan. Bayi baru lahir belajar mengenai dunia sekeliling mereka dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa percakapan. Ini merupakan persediaan awal untuk mereka belajar mengenali perkataan dan tulisan. Beberapa cara untuk memupuk minat membaca boleh dilaksanakan bagi bayi sejak mereka dilahirkan. Antaranya,
-Jadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian bayi.
- Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini adalah selepas memandikan bayi pada waktu pagi dan semasa waktu makan.
-Bercerita menggunakan rima semasa menyusukan bayi. 
-Bayi suka mendengar suara anda semasa menyusu dan ini dapat menanamkan semangat mendengar cerita. Selain daripada bercerita, bayi juga boleh diperdengar lagu-lagu yang mempunyai rima yang sama.


  • Aktiviti prabacaan
     Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan di sekolah 
  ialah;

  1. mengenal gambar yang berlainan
  2. mengenal bentuk yang berlainan

Pengalaman bayi melakukan aktiviti prabacaan merupakan proses untuk menyediakan seseorang kanak-kanak kepada peringkat pramembaca. Oleh itu, tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk membaca. Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf itu. Pada tahap ini murid perlu didedahkan kepada aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.


  • Mekanis 
Tujuan bacaan mekanis ialah;


-Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
-Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat berhenti yang betul.
-Membolehkan murid membaca dengan irama membaca yang betul.
-Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata muridan yang lain.
-Untuk membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca secara kuat.


Pada peringkat bacaan mekanis ini, guru boleh melaksanakan langkah-langkah yang berikut;
-Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan,
 sesuai dengan kebolehan dan umur murid.
-Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.
-Guru membaca dan murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas  
 atau kumpulan.
-Guru membimbing murid membaca secara individu dan bergilir-
 gilir.
-Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi
 bacaan untuk menguji kefahaman. 
 

No comments:

Post a Comment